CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 28, 2008

wHaT dO You ThiNk Of Our GoVernMeNt PolIcIeS FOr PubLic SaFetY???

Do you feel 'O.K' with 'Our' Policies???
Do our Government REALLY CARE about 'US"?
Wanita rakyat Malaysia masih hilang di Mumbai

MUMBAI 28 Nov. — Seorang wanita rakyat Malaysia yang berada di sini atas urusan perniagaan masih hilang dikhuatiri terperangkap di hotel peniganapannya iaitu Taj Mahal Palace Hotel.
Wanita itu, dikenali sebagai Hema Kassipillay, 51, yang bekerja dengan syarikat insurans Jerman berpangkalan di Kuala Lumpur dipercayai ke sini untuk urusan kerja bersama dua lagi rakannya iaitu rakyat Jerman.
“Semalam kami mencarinya di dua hospital dan hospital persendirian tetapi tidak menemuinya. Adalah sukar untuk pihak konsulat kerana kami tidak mempunyai akses kepada hotel itu pada masa ini,” kata Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah kepada Bernama.
Lebih 30 orang dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel mewah itu, bersama tiga pengganas, sejak serangan pengganas pada Rabu malam.
Pasukan keselamatan dijangka mengambil tindakan pada bila-bila masa hari ini untuk menumpaskan pengganas yang berlindung di dalam hotel itu.
Menurut kementerian dalam negeri India, 125 orang terbunuh manakala 327 cedera dalam keganasan di Mumbai sejak dua hari lepas. Enam daripadanya adalah rakyat asing. - Bernama
Sumber Utusan Malaysia
28/11/2008
5:19 p.m
Jenayah di sempadan tidak serius

KUCHING 27 Nov. - Masalah jenayah yang berlaku di sempadan Sarawak, Sabah dan Brunei tidak mencapai tahap yang serius berbanding kes-kes di sempadan Malaysia-Indonesia.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis hanya menerima satu atau dua laporan berkaitan jenayah yang berlaku di sempadan terbabit.
''Jenayah yang dilaporkan itu pun cuma membabitkan kes kecurian kenderaan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui sebelum Mesyuarat Sempadan Tiga Wilayah 2008 di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis di Jalan Badruddin di sini. Sarawak merupakan tuan rumah mesyuarat tahunan kali ini selepas Brunei tahun lalu.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Brunei, Pehin Datuk Kermasetia Datuk Paduka Seri Zainuddin Jailani; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib.
Mohmad berkata, masalah kemasukan secara haram di sempadan Malaysia-Brunei juga tidak timbul berikutan penduduk menggunakan pintu masuk negara secara sah dan faktor ekonomi semasa yang tidak menggalakkan penghijrahan penduduk.
Bagaimanapun katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil langkah proaktif antaranya mengadakan Mesyuarat Sempadan Tiga Wilayah untuk berkongsi maklumat bagi mencegah jenayah.
''Kerjasama itu ternyata berkesan apabila Polis Brunei dan PDRM berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu termasuk kes-kes penyeludupan.
''Penyeludupan itu wujud, tetapi masih di tahap minimum, apa yang penting ialah kerjasama berterusan daripada semua pihak terlibat supaya kita lebih fokus dalam menangani masalah jenayah ini,'' katanya.
Mohmad menambah, PDRM turut mengadakan Sukan Tiga Wilayah yang membabitkan penyertaan seramai 450 anggota dari ketiga-tiga negeri tersebut bagi mengeratkan jalinan setiakawan antara mereka.
Sumber Utusan Malaysia
Disediakan Oleh Muhammad Zaid Adnan

0 comments: